Wednesday 8 February 2012

:: Air tAnGaN 0raNg yG tiDAk s0Lat ::


Semua org tahu bahawa meninggalkan solat adalah dosa besar, malahan org yg tidak solat ni lebih hina drpd khinzir.. Betapa hinanya kita bila meninggalkan solat.. Seperti sebuah kisah yg dikisahkan masa zaman Nabi Musa a.s.. 


~~Kisahnya, pada zaman Nabi Musa a.s, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, beliau tiada zuriat, lalu terdetik dalam hatinya (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. sebab beliau dah bernazar nak kena minum air kencing anjing hitam..Syariat pada zaman Nabi Musa a.s berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad s.a.w. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak itu, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa a.s dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam..hmmm..apakah air itu?? Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. ~~


Lihatlah,, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam !! Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, kita selalu suka makan masakan ibu atau isteri kita kan. Jadi, perintahkanlah keluarga kita untuk solat ye..dan kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati sebab minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan?




Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni.. Pagi petang, mamak!! (non muslim) Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak (muslim) yang tak solat..macam mana ni... Kita pun makanlah bekas air tangan dia..Allah, gelaplah hati kita,, hmm..sebab tu kita liat nak buat kerja-kerja yang baik2 tu..susah nak terima pendapat dan ilmu2 yang bermanfaat.. ilmu takkan melekat pada hati yang gelap,sebab ilmu itu kan cahaya..Jadi, hati- hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.


Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maksudnya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.."





= J0m s0LAt !! =


Wallahu'alam...  ^_^



No comments:

Post a Comment