Wednesday 8 February 2012

AisyitErU yA Rasulullah...


:: "If Rasulullah s.a.w is in front of you now, what would you say to him? What would you say to him?? Are you ashamed? Would you cry? We say we love him, but then, why do we astray from his way?" ::
Siapa Rasulullah ini? Utusan Allah? Nabi akhir zaman? Pemimpin ummah? Ya, semua jawapan anda betul. Tapi yang paling penting, Rasulullah SAW ini merupakan kekasih Allah. Kekasih Allah tahu? Bukan kekeasih Gu Jun Pyo ke, kekasih Conan ke, tapi kekasih Allah. MashaAllah, tingginya darjat Rasulullah kan? Dibandingkan kita dengan Baginda SAW seolah-olah langit dan bumi.

Tapi, tahukah kita siapa yang Rasulullah ini cinta selain daripada Allah Taala? Siapa yang Baginda SAW rindu sepanjang hayat baginda? UMATNYA! Dan siapakah umatnya itu? Ya, KITA! Kita semualah umat yang bertuah itu.

''Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian. Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna.

:: "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu?"Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.


:: "Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)" suara Rasulullah bernada rendah.


:: "Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.


:: Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.


:: Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka." ::


:: Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda:
"Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.


:: "Malaikat" jawab sahabat.


:: "Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.


:: Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi"


:: "Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."


:: "Mungkin kami" celah seorang sahabat.


:: "Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.


:: "Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui" jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.


:: "Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.


:: "Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. :: 
Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.''

Allah,, sweetnye Rasulullah ini kn.. Masakan tidak, di hadapan sahabat-sahabat yang mencintai Baginda sepenuh hati, Baginda mengaku kita ini saudara-saudaranya. Baginda cakap Baginda amat rindu pada kita. Padahal, sekalipun Baginda tidak pernah berjumpa kita.

Cuba anda bayangkan, suatu hari tiba-tiba saya pergi pada anda dan katakan;
'saya rindu sangat dengan cucu kamu'

Apa perasaan anda? Padahal anda belum berkahwin, anak pun masih tiada, cucu apatah lagi. Tiba-tiba saya datang dan katakan saya rindu pada cucu anda. Apa perasaan anda? Sama ada anda kata saya buang tebiat atau anda kata saya mengigau di siang hari.
Tapi itulah Rasulullah. Rasulullah tidak kenal kita semua, berjumpa apatah lagi, tapi Baginda mengaku Baginda rindukan kita. Kita bagaimana?

~~ Semasa Baginda hampir wafat, di saat-saat sakaratul maut Baginda, nama siapa yang Baginda sebut?


'Ummati! Ummati! Ummati!'
Siapa Ummati yang diulang-ulang itu kalau bukan kita? Malah Rasulullah berdoa pada Allah, Rasulullah berkata kalaulah boleh Baginda mahu menanggung segala kesakitan sakaratul maut kita kerana Baginda dapat merasakan betapa sakitnya kematian itu. Allah. Sehingga ke tahap itu kecintaan Rasulullah terhadap kita. Renung sejenak, bila kali terakhir kita berselawat pada Baginda?
"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku" ~~

Benar, Rasulullah sudah wafat, tapi Baginda telah meninggalkan sesuatu untuk kita. Sesuatu yang kalau kita ikut, kita tak akan sesat selama-selamanya. Itulah al-quran dan sunnah Baginda.
"ala, itu nabi.zaman dahulu kala, zaman kuno.buat apa nak ikut apa yang dia buat?"

Tapi bila part mahu kahwin lagi satu,,hmmm... 

~~ "ala sayang, bolehlah abang kahwin lagi satu. Abang tengah nak ikut sunnah Rasulullah ni." ~~

Patutkah kita mengikut sunnah Baginda yang satu ini saja sedangkan sunnah yang lain kita tinggalkan? Tidak malukah kita?
Bukti kecintaan Rasulullah ini sangat banyak. Disebut-sebut dalam hadith Baginda, malah di dalam al quran sekalipun dinyatakan betapa kasih dan cintanya Rasulullah kepada kita.

{"Sesungguhnya diriku bagi kalian bagaikan seorang ayah bagi anaknya."(riwayat al-Darimi).}


{"Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu." (riwayat Bukhari dan Muslim).}


{Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. (9:128).}

Allah... Hebatnya cinta Rasulullah pada kita bukan?? Kenapa kita masih sombong dan bongkak, malas nak berselawat pada Baginda?? susah benarkah untuk kita berselawat?? Tidak mahukan kita balas cinta Kekasih Allah ini?

"Orang yang paling hampir kepadaku di hari Qiamat ialah orang yang paling banyak berselawat ke atasku.."

~Allahumma Sollu 'Alaih.. ~

Selawat, senang bukan?  s0, j0m selawat..  ^_^

:: Air tAnGaN 0raNg yG tiDAk s0Lat ::


Semua org tahu bahawa meninggalkan solat adalah dosa besar, malahan org yg tidak solat ni lebih hina drpd khinzir.. Betapa hinanya kita bila meninggalkan solat.. Seperti sebuah kisah yg dikisahkan masa zaman Nabi Musa a.s.. 


~~Kisahnya, pada zaman Nabi Musa a.s, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, beliau tiada zuriat, lalu terdetik dalam hatinya (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. sebab beliau dah bernazar nak kena minum air kencing anjing hitam..Syariat pada zaman Nabi Musa a.s berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad s.a.w. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak itu, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa a.s dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam..hmmm..apakah air itu?? Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. ~~


Lihatlah,, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam !! Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, kita selalu suka makan masakan ibu atau isteri kita kan. Jadi, perintahkanlah keluarga kita untuk solat ye..dan kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati sebab minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan?




Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni.. Pagi petang, mamak!! (non muslim) Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak (muslim) yang tak solat..macam mana ni... Kita pun makanlah bekas air tangan dia..Allah, gelaplah hati kita,, hmm..sebab tu kita liat nak buat kerja-kerja yang baik2 tu..susah nak terima pendapat dan ilmu2 yang bermanfaat.. ilmu takkan melekat pada hati yang gelap,sebab ilmu itu kan cahaya..Jadi, hati- hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.


Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maksudnya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.."





= J0m s0LAt !! =


Wallahu'alam...  ^_^